KKM perlu beri jaminan bayar pampasan terhadap penerima booster

KKM perlu beri jaminan bayar pampasan terhadap penerima booster. Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis, menggesa supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan jaminan pampasan kepada individu yang mengalami kesan buruk susulan pengambilan dos penggalak.

“Jika KKM yakin tiada risiko buruk dos penggalak, maka saya ingin cadangkan supaya penerima tak perlu tandatangan surat yg menghalang tuntutan ganti rugi, sebaliknya KKM memberi jaminan bayaran pampasan jika berlaku apa-apa kesan buruk kesihatan pada penerima,” ujar beliau dalam sebuah hantaran di laman Twitter.

Dalam sebuah kenyataan lain, mufti tersebut juga menegaskan supaya pampasan diberikan agar keadilan dapat diberikan kepada rakyat yang bakal mengambil dos penggalak.

“Ada yang mendakwa maut. Di pihak KKM pula sering menafikan. Supaya tidak berlaku ketidakadilan, maka KKM boleh membuktikan apa yang pihak mereka kata selama ini benar dengan memberi jaminan bayaran pampasan jika berlaku kesan buruk ke atas penerima,” katanya seperti yang dilaporkan portal MSN News.

KKM perlu beri jaminan bayar pampasan terhadap penerima booster

“Ini baru seimbang dan bukti dakwaan KKM ini jujur bukan kerana ada unsur lain seperti bisnes dan seumpamanya seperti yang dituduh.” Tambah beliau lagi.

Beliau turut menyentuh tentang kemarahan rakyat berkaitan isu vaksin, di mana beliau mendakwa sekiranya hal ini tidak diurus dengan baik, kemarahan rakyat akan sukar ditangkis.

“Jika tidak, saya lihat kemarahan rakyat dalam isu ini makin membesar dan sukar ditangkis oleh kerajaan,” ujarnya.

Terdahulu, mufti tersebut turut menggesa KKM menyiasat kesan sampingan dari pengambilan dos penggalak susulan kemasukan ayah beliau ke hospital setelah mendapatkan dos penggalak.

“…KKM wajar memandang serius dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tidak sesuai,” kata beliau dalam hantarannya di laman Instagram.

BACA JUGA :

Kes harian covid-19 meningkat, pelajar tidak mahu SPM ditangguhkan

No plat ‘BRA’ tetap diteruskan walaupun kedengaran agak seksis

Program Jelajah Pakatan Harapan mantapkan PH Perak

CATEGORIES