KKM nasihat agar parlimen bersidang sampai 2 petang sahaja – Takiyuddin

Oleh MHDAILY

KKM nasihat agar parlimen bersidang sampai 2 petang sahaja .Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan persidangan khas parlimen yang diadakan sekarang hanya berakhir jam 2 petang bagi mengelakkan penularan wabak.

Menteri di Jabatan Perdana (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, penjelasan mengenai perkara itu disampaikan sendiri Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Noor Hisham Abdullah.

Katanya mesyuarat khas diadakan pada jam 8 pagi Isnin lepas yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, wakil penyokong kerajaan dan pembangkang.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

β€œPada mesyuarat itu Ketua Pengarah Kesihatan menasihatkan persidangan parlimen diadakan sehingga jam 2 petang sahaja.

KKM

β€œMenurut Dr Noor Hisham sekiranya dengan bilangan ahli parlimen 77 orang berada di dalam dewan peluang untuk merebak wabak begitu mudah,” katanya pada persidangan khas parlimen hari ini.

Menurut beliau sekiranya keadaan tersebut berlaku membolehkan parlimen dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketakkan (PKPD).

Bagaimanapun Takiyuddin berkata, pengurusan parlimen membuat ketetapan persidangan diadakan sehingga jam 5.30 petang.

β€œMalah Speaker memberi masa tambahan sehingga jam 5.45 petang dengan mengambil desakan ahli-ahli parlimen untuk membincangkan banyak perkara,” ujarnya.

Namun di sebaliknya sejak parlimen bersidang masuk hari keempat hari ini pembangkang asyik mendesak supaya persidangan dipanjangkan tempohnya.

Berita Penuh :https://harakahdaily.net/index.php/2021/07/29/kkm-nasihat-parlimen-bersidang-sehingga-jam-2-petang/?utm_campaign=07-28-21+-+Penjelasan+meng&utm_source=Message&utm_medium=Facebook

Jika Terlepas:Β Umum batal ordinan darurat, sah Takiyuddin hina Dewan