KKM kaji punca kes kematian, kemasukan ICU libatkan penerima Sinovac yang tinggi

Oleh MHDAILY

KKM kaji punca kes kematian, kemasukan ICU libatkan penerima Sinovac yang tinggi. Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan daripada jumlah kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kematian individu yang telah lengkap vaksinasi, angka tertinggi melibatkan penerima vaksin jenis Sinovac.

Sehubungan itu, Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata KKM akan mengkaji secara mendalam punca sebenar adakah ia disebabkan jenis vaksin atau faktor lain.

Beliau bagaimanapun berkata melihat data dikeluarkan KKM melalui Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Dr Kalaiarasu M Peariasamy semalam, ketiga-tiga jenis vaksin iaitu AstraZeneca, Pfizer dan Sinovac telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

kkm

BACA JUGA : ‘Geng Amir’ aktif samun sekitar Lembah Klang akhirnya tumpas

“Dari segi kadar kemasukan ke ICU untuk mereka lengkap vaksin Covid-19 sama ada AstraZeneca, Pfizer dan Sinovac adalah sebanyak 0.066 peratus, sangat rendah.

“Manakala kadar kematian pula 0.01 peratus. Ya semestinya, kita ambil maklum daripada bilangan kemasukan ke ICU dan kematian, data menunjukkan angkatertinggi adalah penerima Sinovac,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan membuat kajian mendalam untuk menentukan sama ada ia disebabkan jenis vaksin atau perkara lain seperti maklumat berkenaan pesakit atau waktu mereka dijangkiti Covid-19 sama ada varian membimbangkan (VOC) dan sebagainya.

“Jadi, sekiranya didapati ia disebabkan jenis vaksin maka kita akan mengambil kira perkara tersebut dalam pemberian dos penggalak,” katanya.

Sumber : https://malaysiapost.com.my/2021/09/24/kkm-kaji-punca-kemasukan-icu-kematian-tertinggi-libatkan-penerima-sinovac/