KKM belum dapat pastikan kewujudan kluster PPV IDCC. Kementerian Kesihatan masih belum dapat pastikan wujudnya kluster baharu Covid-19 dari Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata siasatan sedang berjalan.
“Kementerian masih mencari punca jangkitan. Kami akan melihat kaitan epidemiologi dari satu kes ke kes yang lain sebelum menamakan kluster tersebut,” katanya pada sidang media.
Selasa lalu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata PPV IDCC di Shah Alam ditutup selepas 204 kes positif dikesan dalam kalangan petugas.
Khairy berkata susulan penutupan sehari PPV itu bagi tujuan sanitasi, sebanyak 6,000 janji temu dijadualkan semula.
Semua 453 petugas PPV berkenaan menjalani ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) secara beramai-ramai pada 10 Julai.
Keputusan ujian saringan menunjukkan semua yang positif mempunyai nilai kitaran ambang (CT) lebih daripada 35 iaitu beban virus (viral load) yang rendah.
Pengguna media sosial tertanya apakah ia ada kaitan dengan kelompok kes yang dilaporkan semalam di Jalan Pahat 15/L, jalan yang sama di mana IDCC berada.
KKM berkata kelompok itu hanya mempunyai 104 kes.
Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/15/belum-pasti-ada-kluster-dari-ppv-idcc-kata-noor-hisham/
BACA JUGA : Selangor cecah suntikan 114,416 dos vaksin sehari – MB