KKM arah tarik balik aiskrim Haagen-Dazs dari pasaran

KKM arah tarik balik aiskrim Haagen-Dazs dari pasaran. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan produk aiskrim berjenama Haagen-Dazs berperisa vanilla dari pasaran Eropah telah ditarik balik daripada dipasarkan di negara ini.

Menerusi satu kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Khamis berkata produk terbabit dikesan mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO) berlebihan berdasarkan notifikasi daripada European Union Rapid Alerts System for Food and Feed (EURASAFF).

“Notifikasi tersebut menyatakan bahawa terdapat penarikan balik produk aiskrim dari negara Perancis yang mengandungi ekstrak vanilla dari negara Madagascar yang dikesan mengandungi ETO melebihi tahap yang dibenarkan.

“Produk aiskrim tersebut juga telah diedarkan ke beberapa buah negara termasuk Malaysia.

“Sejak isu tersebut dilaporkan dan notifikasi diterima oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Julai 2022, tindakan yang sewajarnya telah diambil di mana pihak syarikat yang mengimport telah menarik balik produk aiskrim terlibat di pasaran secara sukarela,” jelasnya.

KKM arah tarik balik aiskrim Haagen-Dazs dari pasaran

Baca Artikel Penuh