KJ keluarkan kenyataan akan susahkan hidup antivaksin, ini respon Rita Rudaini dan Zul Yahya

Oleh MHDAILY

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan ‘menyusahkan’ hidup antivaksin supaya mereka berterusan tidak menikmati apa-apa kelonggaran seperti individu lengkap vaksin.

Perkara ini sudah tentu mendapat pelbagai respon daripada orang ramai. Selebriti yang menolak vaksin Covid-19 iaitu Zul Yahya dan Rita Rudaini turut menyuarakan pendapat.

Dalam satu hantaran di Instagram, Zul Yahya berkata golongan menolak vaksin bukanlah penjenayah atau pengganas yang perlu disekat kebebasan untuk hidup dengan baik.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70)

Jelasnya, ada di antara mereka terdiri daripada orang-orang alim dan memberi sumbangan membantu negara serta rakyat.

Makna ikhtiar itu luas @khairykj

Simpan perkara ini sampai ke akhirat. InsyaAllah kamu menuntut di dunia, kami menuntut di akhirat.

Sementara itu, Rita Rudaini turut memberi respon kepada isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

KJ keluarkan kenyataan akan susahkan hidup antivaksin, ini respon Rita Rudaini dan Zul Yahya

Ya saya prosafe. Prosafe pun tak ada hak. So antivaksin ke prosafe ke saya menyuarakan hak sebagai rakyat yang bayar tax, bayar roadtax, bayar cukai pintu, bayar macam-macam lagi. Takkan bersuara pasal hak pun dikatakan melawan kerajaan? Kita bukan buat jenayah apatah lagi menghasut cuma?

Menurutnya, sebagai ‘prosafe’ dia berhak menyuarakan hak sebagai rakyat Malaysia yang turut sama membayar cukai seperti individu lain.

Dia turut mempersoalkan adakah dia dianggap melawan kerajaan semata-mata kerana bersuara mengenai haknya.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohartis/akan-susahkan-hidup-antivaksin-rita-rudaini-dan-zul-yahya-mula-bersuara/

BACA JUGA : KJ redha digelar Dajjal oleh golongan antivaksin ,’Maaf saya perlu tegas’