KJ dakwa setia dengan Umno, tapi tetap sokong Muhyiddin

Vaksinasi

KJ dakwa setia dengan Umno, tapi tetap sokong Muhyiddin. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kekal setia bersama UMNO walaupun menyatakan sokongan dan kekal bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Khairy berkata, pendiriannya bersama 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah jelas untuk kekal menyokong PN sehingga keabsahan kerajaan diputuskan di Parlimen, September nanti.

“Saya masih dengan UMNO. Saya setia dengan UMNO. Saya masih menteri UMNO. Selepas undi percaya selesai September nanti, baharulah kita buat keputusan apa seterusnya.

“Biarlah saya buat kerja saya membabitkan vaksinasi rakyat. Ini soal nyawa rakyat Malaysia. Selagi tiada undian untuk tentukan keabsahan kerajaan, biarlah saya buat kerja saya,” katanya selepas meninjau tapak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Studio Iskandar Malaysia di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Seramai 31 Ahli Parlimen UMNO dan BN menyatakan sokongan dan kekal bersama kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika mengumumkan pendirian itu, mereka juga dilaporkan menyokong supaya keabsahan kerajaan PN dan kepemimpinan Perdana Menteri ditentukan ketika persidangan Parlimen pada September depan.

KJ

Pendirian itu dinyatakan dalam sidang media yang dihadiri 21 Ahli Parlimen UMNO dan BN, diketuai Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, berkata beliau mempunyai isu kepercayaan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya ada masalah kepercayaan terhadap Presiden UMNO. Oktober lalu, beliau (Ahmad Zahid) utuskan satu surat pada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, atas nama Presiden UMNO yang menyatakan semua Ahli Parlimen beri sokongan pada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Sedangkan saya tidak pernah dirujuk, ditanya oleh Presiden dan jauh sekali saya beri kebenaran pada beliau guna nama saya. Ini yang pertama babitkan masalah kepercayaan.

“Keduanya, apabila apabila timbul rakaman perbualan Presiden dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun perkara itu dinafikannya dan maklum nak buat laporan polis. Bagaimanapun, selepas itu beliau mengaku pula rakaman itu adalah tulen.

“Bagaimana saya nak percaya Presiden macam ini apatah lagi mengenai keputusan baru ini yang didakwa dicapai secara sebulat suara dalam Majlis Kerja Tertinggi, sedangkan ada Ahli Parlimen yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi yang membuat keputusan berbeza dengan MKT,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/740180/kj-setia-dengan-umno-tapi-sokong-pimpinan-pm

BACA: Gempar !!! Najib dedah perangai sebenar Nazri

Artikel ini disiarkan pada 09/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)