“Kita akan selesaikan hari ini” – Tengku Maimun

Oleh MHDAILY

“Kita akan selesaikan hari ini” – Tengku Maimun. “Kita akan selesaikan perkara ini, hari ini juga,” demikian keputusan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, ketika menolak permohonan untuk menangguhkan prosiding kepada esok.

Terdahulu peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang membantu Hisyam Teh Poh Teik, berhujah dalam permohonan supaya Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak berhubung berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya, telah memohon agar hujahan permohonan itu bermula pagi esok kerana beliau perlu menghadiri simposium di Parlimen pada petang ini.

Malah, Muhammad Shafee menjelaskan beliau hanya dimaklumkan mengenai perkara itu dua jam lalu dan tidak berpakaian dengan sewajarnya, di samping menegaskan bahawa permohonan berkenaan bukan boleh diambil ringan.

Baca Artikel Penuh