Kit ujian kendiri berjaya kesan 107,000 kes positif – Dr Hisham

Kit ujian kendiri berjaya kesan 107,000 kes positif .Sebanyak 107,421 kes Covid-19 dikesan melalui kit ujian kendiri setakat 13 Sept lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, jangkitan itu dikesan selepas 758,919 ujian RTK (kit ujian pantas) Antigen dijalankan.

Beliau berkata, rekod minggu epidemiologi menunjukkan peningkatan berterusan dan memberangsangkan dalam jumlah ujian kendiri Covid-19 yang dijalankan, sama ada secara profesional atau kit ujian kendiri.

Hisham berkata, amat penting semua keputusan ujian Covid-19 dilaporkan kepada KKM kerana ia mempengaruhi kadar positif jangkitan negara.

ujian

“Ia juga akan membantu meningkatkan kesedaran orang ramai akan kepentingan melakukan ujian pengesanan.

“Walaupun KKM sentiasa berusaha meningkatkan kapasiti ujian pengesanan di fasiliti kesihatan kerajaan mahupun swasta, namun dengan kerjasama orang ramai melakukan ujian saringan kendiri, jumlah ini dapat terus ditingkatkan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pengesanan awal kes Covid-19 menggunakan kit ujian kendiri boleh membantu individu memantau kesihatan dan menilai risiko untuk mendapatkan rawatan sebelum terlambat.

“Ini sekali gus akan mengurangkan kes ‘Brought-in-Dead’.”

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/15/107000-kes-covid-19-dikesan-melalui-kit-ujian-kendiri-kata-hisham/

BACA: Bau kuat melanda penduduk kampung di JB, ada yang mula pening-pening