Kisah tutup pintu : Menteri Umno kelihatan seperti mahu ‘cuci tangan’

Kisah tutup pintu : Menteri Umno kelihatan seperti mahu ‘cuci tangan’

Benda ini kalau di lihat secara teliti sangat kelakar. Both of them Jemin dan Mail adalah menteri kanan, lepas itu semua orang tahu keputusan kabinet adalah secara kolektif. Kalau kabinet silap maknanya semua menteri adalah bertanggungjawab.

Kalau tak bersetuju dengan keputusan kabinet, menteri kena resign; as simple as that that payah nak buat dog and pony show depan rakyat. Sebijik macam Najib buat dalam Facebook dia, padahal yang menulis itu cytro tentera ketum bukan dia pun

Tapi kalau siapa perasan, banyak geng-geng UMNO dalam PN depa nak cuba cuci tangan. Nak set distant la konon-konon depa ini tak ada kaitan dengan kegagalan PN. Tapi dia lupa ke dia ini yang punca kes naik lepas PRN Sabah?

Yang tulis ini sudah jadi kertas akademik bukan takat-takat sembang-sembang kosong.

Tapi tak hairanlah ahli politik pun semua nak cuci tangan depa nak bertanding nanti, imej kena jaga. Cuma tang tukang penasihat yang serba tahu pun buat-buat lupa jaminan dia terhadap kerajaan tebuk atap ini.

Mungkin ingatan mereka semua ini akan kembali pulih bila mana mereka ini ( sama ada yang di jamin atau yang menjamin) akan di kumpul bersama-sama di bawah panji al-ghadr. Hari yang mana apa yang mereka khianati akan menjadi saksi dan rakyat yang dizalimi akan menuntut hak mereka. Berdoalah semoga kalian semua tidak berlepas diri dari apa yang di jamin dan siapa yang di jamin.
Sumber: