Kisah setia seorang anak jaga ibu yang sakit, sehinggalah dia pergi dulu sebelum ibunya

Kisah setia seorang anak jaga ibu yang sakit, sehinggalah dia pergi dulu sebelum ibunya. SEPANJANG bulan Ramadan, media sosial dipenuhi dengan pelbagai kisah kematian individu yang ‘pergi’ dalam keadaan mulia seperti ketika menunaikan solat di dalam masjid sehingga menimbulkan rasa sebak netizen.

Tidak terkecuali bagi kisah seorang lelaki ini apabila meninggal dunia sewaktu menjaga ibunya dipercayai akibat darah tinggi di kediaman mereka di Puchong, Selangor petang semalam.

Kisah menyedihkan itu dikongsi di akaun Facebook Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih (PSSK) dengan memuat naik sekeping gambar memaparkan jenazah Allahyarham Mohd Feisal Izrael di sisi ibu yang terlantar di atas katil.

Kisah setia seorang anak jaga ibu yang sakit, sehinggalah dia pergi dulu sebelum ibunya

Difahamkan, arwah berusia 62 tahun itu sudah lama menjaga ibunya yang uzur dan sakit sebelum ditakdirkan menghembuskan nafas terakhir di bulan mulia ini.

“Ketika waktu nak berbuka puasa, menantu dan anak Allahyarham pulang ke rumah. Ketika mereka masuk ke bilik nenek, ingatkan ayah mereka sedang tidur.

Baca Artikel Penuh