Kisah Nini Siron dan Sanusi, satu iktibar

Kisah Nini Siron dan Sanusi, satu iktibar

Kisah Nini Siron dan Sanusi, satu iktibar. Kisah Nini Siron dan Sanusi Bukan Junid.

Saya tidak mengikut secara dekat isu Nini Siron dan Sanusi bukan Junid, (SBJ) MB Kedah itu mengenai pandu uji kereta. Nini Siron mendedahkan (mempersoalkan) tindakan SBJ yang memandu uji kereta yang dianggap melanggar SOP.

Sanusi bukan Junid cuba mempertahankan tindakannya dengan memberi bayangan cerita apa didakwa Nini Siron itu sebagai bohong dan fitnah. Ramailah juak-juak SBJ mempertahankan MB Kedah itu dengan berbagai gaya sampai ada yang mencerca Nini Siron, sehingga bengkak hati Nini Siron.

Akhirnya apa yang menjadi teka teki dan polemik hangit di medsos itu berakhir apabila SBJ didapati bersalah dan dikompaunkan oleh polis. Kompaun itu membenarkan apa yang didakwa (lihat) oleh Nini Siron kemudian divarialkan itu.

Jadi cerita dikira sudah selesai.

Nini Siron

Apa yang hendak saya tarikkan disini nasib yang dihadapi Nini Siron apabila dia membuat pendedahan itu. Seperti mana katanya dia diserang dihina dengan kata-kata kesat oleh peminat Sanusi bukan Junid dan orang separti dengannya.

Saya cukup memahami isu itu sebab saya lebih lama dan lantang mengkritik tindak tanduk sesetengah pemimpin Pas. Sesiapa mengkritik pemimpin Pas mereka akan diserang, bukan cara psikologi, tetapi dengan fizikal juga. Tidak perlu saya huraikan bukti-buktinya.

Orang Pas tidak boleh menerima kritikan sesiapa juga kerana mereka menganggap mereka, dewa atau pejuang agama yang maksum, ahli syurga nombor wahid. Inilah sikap Pas, bukan baharu tetapi sejak lama dahulu.

Jangan hendak dedahkan perbuatan jahat mereka yang nyata, sekadar salah sebut nama pun akan dipersoalkan. Mereka sangat peka dan sensitif dan mengangungkan pemimpin mereka.

Misalnya saya, dalam tulis saya tidak menyebut Nik Aziz dengan pangkal nama “Ustaz”, orang Pas akan marah. Mereka akan kata kita tidak hormat Tok guru itu hingga dianggap sebagai derhaka. Yang berkata demikian bukan pengikut becat bawahan tetapi yang bertaraf ulamak.

Begitulah sensitif dan fanatik orang Pas kepada pemimpin mereka.

Sikap dan sifat itulah yang dididik dalam Pas menjadikan pemimpin mereka tidak berasa bimbang dan takut untuk melakukan apa-apa kesalahan kerana mereka akan dibela “nak rak.” Bukan sahaja langgar SOP, bahkan melakukan perbuatan jauh lebih kotor dan jijik daripada itu pun mereka lakukan sebab mereka dibela pengikut “senduk.”

Sikap fanatik dan mendewa pemimpin ini tidak akan mudah terhakis dalam Pas, sebab ia sudah ditanam (indoktrinasi) sedemikian rupa. Saya juga pernah melalui hal sama bukan sahaja mengkritik Pas, tetapi sebuah gerakan sosial agama yang lain, Al Arqam.

Saya mengkritik Ashaari Muhammad, saya diserang macam lebah. Bahkan dituduh sebagai saya telah sasau oleh pemimpin kanannya. Saya tidak peduli kerana kebenaran itu tetap perlu diperkatakan siapa yang melakukanya. Kita, pengkritik menzahirkan apa yang dilihat salah.

Al akhirnya apa yang saya kritik menjadi kebenaran (nyata) apabila Ashaari dan empayar perjuangannya hancur di tengah jalan. Ironisnya sesetengah ahlinya yang sebelum ini skeptikal dengan saya tersipul-sipul malu apabila berjumpa dengan saya, setelah jemaahnya hancur.

Kepada Nini Siron dan sesiapa juga pengkritik, kepada mana-mana pihak juga usah gentar dan give-up teruskan berkata kebenaran itu meskipunya imbuhannya kepahitan. Apa dihadapi Nini Siron itu sebahagian ancaman sahaja, masih banyak juzu lagi bentuk ancaman dan hadiah bakal diterima pengkritik. Selamat hari raya Haja.

Sumber:

Jika Terlepas: Kaedah baru di Selangor terbukti berjaya kekang penularan Covid-19