Kisah arwah Tan Sri Harussani yang ramai tidak tahu, “pantang tengok orang joget..”

Oleh MHDAILY

Kisah arwah Tan Sri Harussani yang ramai tidak tahu, “pantang tengok orang joget..”. Tan Sri Harussani Zakaria dan Majlis Raya. Di pagi Jumaat ni aku terkenang satu memori bersama almarhum Tan Sri.

Ada satu ketika dulu, rasanya 10 tahun lepaslah, ada majlis rumah terbuka Hari Raya yang diadakan oleh pihak sharikat. Pada ketika itu, berlaku kesilapan komunikasi mengenai aturcara open house.

Aku tak tahu sangat butirannya, maklumlah waktu masih nangoi lagi. Biasalah open house raya mestilah ada twist, baru Pak Maon nak datang. Ada joget joget, ada nyanyi nyanyi, ini zaman permulaan dakwah dulu la (kah kah).

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Kisah arwah Tan Sri Harussani yang ramai tidak tahu, "pantang tengok orang joget.."

Venue pun tak beragak, KL Convention Centre.

Tahu tahu saja senarai persembahan sudah siap dan segala “yahu yahu” ada dalam tu. Tapi yang kelakar jemput juga Mufti Perak datang, sebab dia Pengerusi Jawatankuasa Syariah. Last minute tiba-tiba Tan Sri kata nak datang.

Ah sudah, aku tukang usher. Dari lobi nak membawak ke dewan tingkat berapa entah tu, jauh juga nak mengiring. Siapa biasa pergi situ, tahulah.

Tan Sri nak datang, takkan nak ada joget joget. Punya gelabah waktu tu aku terus cari floor manager. Staf jugalah.

Weh, Mufti Perak nak datang ni.

Pucat muka floor manager.

Eh, tak cakap pun nak datang?
+ Mana aku tau, dah tiba-tiba dia nak datang.
Ni macam mana ni, ada macam-macam performance lagi ni.
+ Hold dulu semua joget-joget. Aku nak usher Tan Sri naik atas ni. Orang tua tu kalau nampak benda-benda mengarut ni dia bangun dia terus balik tau.
Kalau zapin pun tak boleh ke?
+ Siapa yang berzapin?
Budak-budak berzapin, takkan tak boleh?
+ Laki saja ke perempuan sekali?
Budak perempuan ada la sekali, takkan budak laki je.
+ Kalau kau nak tengok Tan Sri bangun & terus balik depan semua VIP kau trylah buat…

Aku pun usher Tan Sri naik ke meja utama VIP. Tan Sri ni memang rock star la. Masa nak naik lagi memancorrr dah aura dia.

Bayanglah nak masuk lif ni tak ada siapa nak masuk lif sekali dengan dia, semua bagi laluan untuk dia masuk. Maknanya tempat huha huha gitu pun, orang masih kenal dan respek dia.

Bila sampai di kerusi VIP, kena kerumunlah Tan Sri. Aku berdiri kat belakang kerusi Tan Sri sambil mata melilau tengok sebarang ‘ancaman’.

Pentas persembahan kosong. Tak ada sebarang persembahan melainkan bunyi latar lagu-lagu raya MP3 sahaja.

10 minit.
20 minit.
30 minit.

Eh lama pulak orang tua ni. Bila nak balik ni?

Ramai orang teruja jumpa dia. Salam tanya khabar.

Selama itu jugalah pentas kosong. Dalam hati aku berbisik “Boleh pulak pentas kosong. Tak berani jugak rupanya nak berjoget”.

Sebenarnya aku tak faham hiburan bingit atas pentas masa majlis raya ni. Orang datang majlis raya nak bersembang. Bukan nak dengar lagu pun. Ini selagi boleh pasang volume tinggi dia pasang habis-habis. Sampai nak bersembang terpaksa menjerit.

Lepas 40 minit Tan Sri pun bangun dan mintak diri. Sekali lagi aku usher sampai masuk kereta. Masa usher tu aku sembang dengan Tan Sri.

“Tan Sri perasan apa-apa dak tadi?”
“Apa dia?”
“Pentas tu kosong ja…patutnya ada menyanyi dan menari….”
“Laa awat?”
“Ana habaq Tan Sri nak sampai. Kalau nak tengok Tan Sri cunggit, trylah joget depan tu…”
“Baguih. Kalau ada joget tadi memang ana mangkit sungguh…”

Dari situ memang kita tahulah Tan Sri memang jaga sungguh bab-bab ni. Nak huha huha di belakang dia itu cerita lain. Tapi jangan sesekali depan dia. Dia cunggit nanti, naya Pak Karim.

Kisah arwah Tan Sri Harussani yang ramai tidak tahu, “pantang tengok orang joget..”

Jadi usherer Tan Sri ni satu nikmat juga sebab kita akan pegang tangan dia dan dia akan genggam tangan kita dari awal sampai habis.

Terasalah macam bagi khidmat kat dia walaupun kecil. Masa tu lutut dia dah tak berapa kuat tapi masih boleh berjalan. Hanya tiga, empat tahun terakhir sebelum meninggal baru Tan Sri naik wilcha.

Majlis raya tu, aku ingat yang terakhirlah kot anjuran sharikat secara berasingan. Tahun berikutnya kerana nak seragam atau nak senang majlis raya diadakan serentak dengan kumpulan kepala rimau.

Seingat aku itulah juga kali terakhir Tan Sri datang majlis raya sharikat.

Semoga Allah merahmati roh Tan Sri di alam sana.

Baca:

Tular lelaki terima jantung babi bulan lepas, akhirnya meninggal dunia

“Buat video ajar orang tapi diri sendiri bodoh”, teruk akak cantik ni kena kecam

“Pergi Makkah buat umrah terus tinggal sana, selamat jalan ayah..”

[/bg_collapse]