Kini rakyat Malaysia boleh mohon untuk kerja waktu fleksibel – Menteri

Kini rakyat Malaysia boleh mohon untuk kerja waktu fleksibel Menteri

Kini rakyat Malaysia boleh mohon untuk kerja waktu fleksibel – Menteri. Bermula 1 September pekerja di negara ini dibenar memohon aturan kerja fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing.

Kementerian Sumber Manusia memaklumkan, ia berdasarkan pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa mulai tarikh tersebut.

Menurutnya, pekerja hanya perlu buat surat permohonan sama ada untuk perubahan waktu bekerja, hari bekerja atau perubahan tempat kerja.

Majikan pula perlu beri jawapan dalam tempoh 60 hari sama ada ia diterima atau ditolak beserta dengan alasan.

Namun ia bergantung kepada kesesuaian agensi serta syarikat masing-masing.

Kini rakyat Malaysia boleh mohon untuk kerja waktu fleksibel - Menteri

Menurut satu tinjauan baru-baru ini, 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiliti bekerja berbanding hari kerja yang pendek seperti 4 hari seminggu.

BACA:

Mesyuarat Agung FGV luluskan kenaikan elaun pengerusi, BOD

Waspada penyakit kelamin terbaru ini, anda mungkin terkena jangkitan

Ramai perasan ‘baby bump’ pada Heliza

CATEGORIES