Kini China ada kapal induk dron pertama

Kini China ada kapal induk dron pertama. China melancarkan kapal induk dron berteknologi kepintaran buatan (AI) pertama yang mampu melancarkan serangan ketenteraan secara sendiri, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Menurut Beijing, kapal induk itu direka untuk penyelidikan marin tetapi sudah wujud kebimbangan bahawa ia boleh digunakan untuk melancarkan serangan ke atas Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dan musuh lain.

Kapal induk kawalan jauh dinamakan Zhu Hai Yun itu mempunyai kapasiti untuk membawa kira-kira 50 dron udara, darat dan bawah laut. Majlis pelancarannya diadakan di sebuah limbungan di Guangzhou.

Sebahagian besar bahagian belakang kapal itu terdiri daripada geladak terbuka di mana dron terbang boleh mendarat dan disimpan bersama dron jenis lain. Terdapat juga tapak pelancaran dan pemulihan dron.

Kapal induk sepanjang 88.4 meter itu boleh mencapai kelajuan maksimum 32.2 kilometer sejam dan dikatakan mempunyai sistem operasi AI yang membolehkannya beroperasi secara autonomi tanpa manusia.

Kini China ada kapal induk dron pertama

Baca Artikel Penuh