‘King’ Myvi salah tekan pedal minyak, tercium pula Mercedes di lorong drive-thru McD

King Myvi salah tekan pedal minyak tercium pula Mercedes di lorong drive thru McD

‘King’ Myvi salah tekan pedal minyak, tercium pula Mercedes di lorong drive-thru McD. Tatkala orang ramai bergembira menyambut Merdeka pada malam semalam, namun beberapa pemilik kereta kurang bernasib baik apabila kereta mereka terlibat kemalangan di lorong Drive-thru McDonalds.

Menerusi perkongsian video TikTok @celine.yyt, sewaktu dia menunggu giliran di McDonalds Educity JB DT, kereta Mercedes-Benz C180 cabriolet yang dipandunya telah dirempuh daripada belakang oleh sebuah Perodua Myvi sehingga kedua-dua kereta ‘melekat’ bersebelahan.

Menurut Celine, pemandu itu mahu menekan brek tetapi berlaku sebaliknya, apabila dia tidak sengaja memijak pedal minyak sehingga merempuh sebuah Proton Iriz di belakang mereka sebelum ‘melekat’ bersebelahan keretanya.

Kesan perlanggaran itu telah menyebabkan Mercedes itu patah cermin sisi kiri dan bercalar teruk pada bahagian kiri badan kereta terbabit.

Setakat artikel ini ditulis, lebih 500 komen telah dikongsikan oleh pengguna TikTok yang lain. Ada satu komen yang menarik perhatian apabila seorang wanita menyatakan dia berada di hadapan barisan semasa kejadian tersebut berlaku.

'King' Myvi salah tekan pedal minyak, tercium pula Mercedes di lorong drive-thru McD

Kata wanita itu, dia terdengar seperti bunyi ‘perlanggaran’ ingatkan dia ada terlanggar dinding, rupa-rupanya apabila dia menoleh cermin belakang barulah wanit itu perasan Myvi terbabit telah melanggar kereta Mercedes.

@celine.yyt well, this month been really unlucky for me 😭 this is my last straw Istg, thank god my engine is fine, only door and side mirror kena #fyp #fypmalaysia ♬ Space Song – Beach House

Celine menyatakan dia bimbang dengan keselamatan adik lelakinya kerana ketika itu dia sedang duduk di tempat duduk penumpang, bahagian yang dilanggar oleh Myvi itu. Bagaimanapun dia bersyukur adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Orang ramai turut meluahkan rasa bersyukur kerana tiada siapa tercedera dalam insiden itu dan mendoakan agar kesemuanya mangsa dapat pulih daripada trauma susulan insiden kemalangan mengejut itu.

Pada masa sama netizen berharap pihak-pihak yang terlibat dapat menyelesaikannya secara baik.

BACA:

Netizen teruja tengok Jalur Gemilang di Burj Khalifa, “bangga!”

Air Force The Movie dah kutip RM13 Juta, respon Adi Putra buat semua tergamam

Pekerja Zoo terbunuh kena serang dengan Antelop terbesar dunia

CATEGORIES