‘King’ Myvi buat hal lagi, rempuh pembahagi jalan elak jalan sesak

‘King’ Myvi buat hal lagi, rempuh pembahagi jalan elak jalan sesak. Kisah Perodua Myvi semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat Malaysia sejak kebelakangan ini. Gaya pemanduan sesetengah pemandu kereta ini bukan biasa-biasa, ada yang sangat cermat dan ada pula yang terlebih berani di jalan raya.

Walaupun model kereta kompak, tetapi pemandunya dikatakan mencipta pelbagai ‘rekod’ di jalan raya.

'King' Myvi buat hal lagi, rempuh pembahagi jalan elak jalan sesak

Menerusi satu video tular di laman Tiktok yang dimuat naik oleh akaun @aiahslhdin, kelihatan satu barisan kereta yang sedang beratur panjang, akibat jalan yang sesak.

Namun apa yang mencvri perhatian ialah gelagat sebuah Perodua Myvi yang memandu melintasi pembahagi jalan, untuk beralih ke arah jalan yang tidak sesak. Tindakan spontannya ini juga turut membuatkan pemilik video terkejut seketika melihatnya.

Tabahan pula, pemandu Myvi tersebut juga terlebih dahulu memberi signal sebelum melakukan ‘aksi’ melucukan itu.

@aiahslhdin

Barulah raya kan #fypシ #ramadan #kualalumpur #kingbuathal #fypシ゚viral #trending #xyzbca #raya #raya2022 #jemteruk #sogo

♬ Che La Luna – Louis Prima

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 519.3k tontonan, 25.7k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat pemandu Myvi tersebut.

Komen netizen:

'King' Myvi buat hal lagi, rempuh pembahagi jalan elak jalan sesak

'King' Myvi buat hal lagi, rempuh pembahagi jalan elak jalan sesak

'King' Myvi buat hal lagi, rempuh pembahagi jalan elak jalan sesak

TONTON:

BACA:

Singapura tangguh hukuman gantung seorang lagi rakyat Malaysia

Jenayah SCAM makin ‘menggila’, mana penguatkuasa?

Isu subsidi petrol sedang hangat diperdebat, harga minyak naik dalam masa terdekat?

CATEGORIES