Kilang Samsung yang baru dibina di Malaysia, ada 1,300 jawatan kosong

Kilang Samsung yang baru dibina di Malaysia ada 1300 jawatan kosong

Kilang Samsung yang baru dibina di Malaysia, ada 1,300 jawatan kosong. Pembinaan bangunan kilang baharu Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd (SDIEM) yang melibatkan pelaburan RM7 bilion dijangka mampu mewujudkan sebanyak 1,300 peluang pekerjaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembangunan kilang baharu fasa 2 itu melibatkan pembinaan tujuh bangunan baharu serta stesen sub tambahan elektrik 132KV.

“Kilang baharu ini yang dijangka mula beroperasi pada tahun 2025 nanti akan mampu untuk menghasilkan sebanyak 800 juta sel bateri setahun.

“Dengan pembinaan kilang baharu ini, ianya bakal mewujudkan sebanyak 1,300 peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia,” katanya ketika berucap menerusi rakaman video di Majlis Pelancaran Pecah Tanah Fasa 2 Kilang Baharu Samsung SDIEM di sini pada Khamis.

Hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Duta Besar Ke Korea, Lee Chi Beom dan Ketua Pegawai Eksekutif SDIEM, Yoon Ho Choi.

Kilang Samsung yang baru dibina di Malaysia, ada 1,300 jawatan kosong

Menurutnya, usaha Samsung SDIEM serta komitmen untuk memenuhi keperluan pasaran global bagi kegunaan kenderaan elektrik dunia menerusi pembinaan bangunan kilang baharu itu merupakan satu usaha yang membanggakan buat negara.

Beliau berkata, negara menghargai peranan yang dimainkan oleh Samsung dalam usaha membangunkan industri berdasarkan teknologi hijau.

“Hal ini selaras dengan matlamat negara dalam mencapai kosong karbon seawal tahun 2050 seperti mana yang dinyatakan dalam strategi Rancangan Malaysia ke -12.

“Bagi Malaysia, industri ini adalah penting dari segi sumbangan kepada keseluruhan ekosistem Sel Bateri Kenderaan Elektrik(EV) yang komprehensif,” katanya.

Sementara itu, Ho Choi berkata, SDIEM akan memberikan komitmen terbaik bagi menjadikan syarikat sebagai pusat industri bateri global selaras dengan strategi pembangunan berfokuskan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG).

“Dijangka bermula 2024, bateri yang dihasilkan di barisan pengeluaran yang canggih dan inovatif akan digunakan dalam pelbagai peranti bermula daripada peralatan elektrik, mobiliti mikro sehinggalah kepada kenderaan elektrik.

“Kita akan menjadikan seluruh dunia bergerak di atas bateri Samsung SDIEM,” katanya.

Sementara itu Aminuddin yang turut berucap pada majlis berkata, kerajaan negeri sentiasa menggalakkan kemasukan pelaburan baharu yang berkualiti, berteknologi tinggi dan berimpak tinggi yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi yang teguh di Negeri Sembilan.

“Kerajaan negeri juga menetapkan konsep dasar mesra pelabur dalam menarik pelaburan baharu menerusi ‘INVEST NS’.

“Setiap projek pelaburan baharu akan sentiasa diberi fasilitasi bagi memudah cara urusan setiap projek yang melabur di negeri ini,” katanya.

BACA:

Kecoh satu taman, suami rogol anak jiran sebelah, isteri pula tukang rakam..

Wow! Galaksi paling tua berjaya dirakam

Wanita dedah dua anaknya mati dalam perut selepas mimpi aneh, nekad tak ‘share’ berita hamil anak ketiga lepas jumpa ustaz

CATEGORIES