Khairy beri jaminan Sarawak akan jadi negeri pertama selesai vaksinasi

Kerajaan Persekutuan menjamin bekalan vaksin sepenuhnya ke Sarawak pada akhir Ogos.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, dalam sidang media bersama Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, Douglas Uggah Embas, berkata kerajaan akan menghantar dos vaksinasi yang mencukupi untuk dua juta penduduk dewasa negeri itu.

Katanya, Sarawak akan menjadi negeri pertama yang menyelesaikan vaksinasi bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/28/sarawak-akan-muncul-negeri-pertama-selesai-vaksinasi-kata-kj/