Khairy bakal buat pengumuman penting petang ini

Khairy bakal buat pengumuman penting petang ini.Beberapa pengumuman penting dijangka diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar petang ini.

Menerusi ciapan di Twitternya, perkara itu akan diumumkan menerusi sidang akhbar jam 5 petang.

Status perkembangan terkini Omicron akan dibuat pada sidang akhbar mingguan saya petang ini, ciapnya pada Isnin.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan jemputan sidang akhbar Khairy sekitar jam 12 tengah malam tadi.

Jangkitan Covid-19 di negara ini kembali meningkat secara mendadak berikutan gelombang varian Omicron.

Khairy bakal buat pengumuman penting petang ini

Terbaharu, 10,089 kes baharu dilaporkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhannya, 2,914,220.

Jangkitan itu adalah yang tertinggi dalam tempoh empat bulan.

BACA JUGA : Cara cepat tukar kad debit Maybank, tak sampai 5 minit siap…

Ini punca lipan bersarang di rumah yang ramai tak tahu

Kes harian Covid-19 dijangka cecah 30,000 – Khairy

CATEGORIES