Khai AF terkilan SOP ke shopping mall jauh lebih mudah berbanding nak ke masjid

Oleh MHDAILY

HAJAT penyanyi Khai menunaikan solat Jumaat tidak kesampaian apabila dia tidak dibenarkan masuk ke masjid bagi menyempurnakan tanggungjawab sebagai umat Islam itu.

Lebih membuatkan Khai atau nama sebenarnya, Khairul Nizam Mohamad, 41, kecewa apabila melihat beberapa lagi jemaah yang lebih berusia turut tidak dibenarkan memasuki masjid kerana had jemaah sudah mencapai kuota yang ditetapkan.

“Saya berada di sebuah masjid besar di Bangi, Selangor seawal pukul 12 tengah hari tapi tak dibenarkan masuk. Ramai lagi kat luar masjid tu terutamanya pakcik-pakcik yang menunggu.

Baca Artikel Penuh