Ketua Ulama Pas cadang tarik pelancong Arab ke Malaysia

Bagi menggalakkan pelancongan dan hubungan antarabangsa, ahli parlimen Pasir Puteh Nik Muhammad Zawawi Salleh mengemukakan cadangan agar kerajaan cuba menarik lebih ramai pelancong-pelancong Arab ke Malaysia.

Ketika membahaskan belanjawan untuk kementerian pelancongan, seni dan budaya di Dewan Rakyat, dia berkata, memandangkan Malaysia terletak di zon khatulistiwa, alangkah baiknya jika kerajaan menarik pelancong dari negara yang mempunyai sifat berbeza.

Contohnya kata ketua Dewan Ulama PAS itu, negara-negara Arab di timur tengah serta negara Afrika, yang menurutnya berpadang pasir dengan “padang jarak padang terkukur”.

Membayangkan keberuntungan yang pasti diperoleh negara daripada cadangannya itu, kata Nik Zawawi (atas), pelancong-pelancong Arab pasti berbelanja besar jika datang ke sini, bahkan mereka juga menyifatkan Malaysia sebagai “syurga dunia” dengan keindahan alam semula jadi.

“Bagi negara-negara Arab ini, mereka sangat gembira kalau boleh datang ke Malaysia.

“Jadi sebab itu dasar pelancongan kita kalau (boleh) kita fokuskan kepada negara-negara ini, kerana negara ini adalah antara negara yang kaya, yang kalau mereka datang ke negara kita, mereka akan membelanjakan sebahagian besar daripada kewangan ke dalam negara (kita).

“Di samping mereka melihat faktor-faktor pelancongan yang ada dalam negara kita, keindahan tumbuh-tumbuhan.

“Kalau orang Arab datang ke Malaysia, mereka mengatakan jannatullahu fiddunya (syurga dunia), syurga Allah di atas muka bumi ini. Ini keindahan yang ada dalam negara kita,” katanya lagi.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/554319

COMMENTS

Wordpress (0)