Ketua Penerangan Umno dilantik Pengarah Ekonomi Pejabat PM

Ketua Penerangan Umno dilantik Pengarah Ekonomi Pejabat PM.Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dilantik menjadi Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri.

Pelantikan beliau yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu tular di media sosial malam ini termasuk gambarnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun setakat malam ini belum ada pengesahan dan kenyataan rasmi mengenainya.

Shahril merupakan lepasan jurusan Ekonomi di University of Manchester dan belajar peringkat sarjana dalam bidang Etnik Kaum dan Kajian Pasca-kolonial di London School of Economics and Political Science.-

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/10/11/shahril-dilantik-pengarah-ekonomi-pejabat-pm/

BACA: Panas !!! Siapa dalang disebalik audio ‘Idris-PM’

COMMENTS

Wordpress (0)