Ketua Pejuang Muda Malaysia letak jawatan selepas dibaham tanah PRU-15

Oleh MHDAILY

Ketua Pejuang Muda Malaysia letak jawatan selepas dibaham tanah PRU-15. Ketua PEJUANG Muda Malaysia, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin mengumumkan peletakan jawatannya, berkuat kuasa serta-merta.

Abu Hafiz berkata, beliau mengambil keputusan untuk mengemukakan surat peletakan jawatan selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan, termasuk rasa bertanggungjawab atas prestasi PEJUANG pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Semoga kepimpinan baharu sayap pemuda PEJUANG mampu mengemudi PEJUANG Muda dengan lebih baik dan cemerlang.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, kepimpinan utama PEJUANG serta teman kepimpinan PEJUANG Muda Malaysia atas kepercayaan diberi bagi menggalas amanah sebagai Ketua PEJUANG Muda Malaysia.

“Pengalaman digarap selama ini akan dijadikan ilmu sangat berguna, insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketua Pejuang Muda Malaysia letak jawatan selepas dibaham tanah PRU-15

Pada PRU15, Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertanding menggunakan logo PEJUANG, gagal mendapat sebarang kerusi meskipun meletakkan calon untuk bersaing di 125 kerusi.

BACA:

Anak P. Ramlee nak jumpa Altimet

‘Prank’ campak kek ke muka pengunjung undang kecaman orang ramai

Emas tak laku walaupun harga murah, peniaga kini termenung