Ketua Imam baca doa tambah isteri di majlis dikecam

Ketua Imam baca doa tambah isteri di majlis dikecam

Ketua Imam baca doa tambah isteri di majlis dikecam. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) maklum mengenai video tular bacaan doa untuk dimurahkan rezeki menambah isteri lebih daripada seorang di sebuah program tertutup anjuran jabatan yang membabitkan pegawainya, baru-baru ini.

Pengarah Jawi Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, hasil siasatan mendapati lelaki membaca doa berkenaan adalah Ketua Imam di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan.

Katanya, bacaan doa itu adalah di luar daripada teks doa yang ditetapkan pihak penganjur.

“Justeru tindakan nasihat dan teguran sudah diberikan terhadap pegawai berkenaan. Langkah itu bertujuan mengingatkannya supaya mematuhi garis panduan dan teks doa yang ditentukan oleh pihak Jawi pada masa akan datang.

“Ini kerana Jawi amat mengambil berat terhadap profesionalisme pegawai dalam melaksanakan tugasan supaya imej institusi Islam sentiasa terpelihara,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ketua Imam baca doa tambah isteri di majlis dikecam

Terdahulu, tular di laman sosial rakaman video seorang pegawai Jawi yang berseloroh ketika membaca doa dalam satu majlis tertutup anjuran jabatan berkenaan.

Rakaman video berdurasi 44 saat itu menunjukkan lelaki itu berdoa memohon diberikan rezeki yang mencurah bagi melayari bahtera kehidupan dan membolehkan menambah isteri lebih daripada seorang.

Dalam video sama, pegawai berkenaan dalam doanya turut mengeluarkan kenyataan yang paling ramai berpoligami adalah dalam kalangan kakitangan Jawi.

Video tular itu mendapat reaksi kurang menyenangkan dalam kalangan pengguna media sosial.

Rata-rata warganet mempersoalkan tindakan pegawai itu yang dikatakan tidak sensitif dalam isu poligami.

@hirman366doa murah rezeki, tambah isteri, insyallah!

♬ Penenang Hati – Instrumental – Asraf Studio


BACA:

Kecoh laporan dakwa Ringgit Malaysia dah tak laku di Thailand

Azah Azi masih ‘bergetah’ walaupun dah usia 50 tahun, ini rahsianya..

Dakwaan busukkan nama Anna Jobling, Siti Khatijah akhirnya buka mulut

CATEGORIES