Kesatuan Mahasiswa tuntut penjelasan kenaikan yuran hingga 60 peratus

Kesatuan Mahasiswa tuntut penjelasan kenaikan yuran hingga 60 peratus.Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) menggesa pihak universiti tampil memberikan respons balas kepada isu kenaikan yuran pengajian sehingga 60% berkuatkuasa kepada pelajar baharu sesi pengajian 2021/2022.

KMUM dalam satu kenyataan berkata, kenaikan yuran sesi 2021/2022 sebanyak 10 hingga 60% adalah tidak munasabah sekiranya tidak mempunyai alasan yang rasional, khususnya apabila program lain hanya mengalami kenaikan sebanyak kurang daripada 10%.

Menurut kenyataan itu, KMUM juga kebimbangan sekiranya perkara itu menjadi sebab kepada pelajar baharu tidak mempunyai kemampuan bagi membiayai kos yuran pengajian mereka.

Kesatuan

“Pihak KMUM menggesa pihak universiti untuk memberikan pencerahan lanjut berkaitan kenaikan yang melampau ini dan mengkaji semula kenaikan yuran dan memberikan pencerahan lanjut jika kenaikan ini adalah rasional dari sudut pandang pihak universiti,” menurut kenyataan.

KMUM dalam kenyataan turut menyenaraikan beberapa program yang perlu dikenakan potongan yuran antaranya Sarjana Muda Kewangan dengan yuran keseluruhan berjumlah RM13,900, berbanding sesi sebelumnya (2020/2021) iaitu RM9,740, pertambahan sebanyak 43%.

Dua program lain ialah Sarjana Muda Perakaunan pertambahan daripada RM7,860 kepada RM17,900 dan Sarjana Muda Usuluddin serta Sarjana Muda Syariah iaitu RM8,960 kepada RM12,400.

KMUM berkata, ketiga-tiga kursus yang ditawarkan merupakan program daripada aliran sastera.

“Tambahan pula, kaedah pengajaran bagi kursus yang disebutkan tidak melibatkan penggunaan alatan kendalian amali sebagai mana rakan mahasiswa dari Fakulti Kejuruteraan, Sains dan Farmasi,” menurut KMUM.

Selain itu, KMUM turut mencadangkan supaya pihak jawatankuasa yuran universiti menerima dua wakil daripada pihak mereka untuk turut serta memberikan cadangan dan pandangan dalam perangkaan kenaikan yuran pengajian berkenaan.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/02/yuran-naik-hingga-60-kmum-minta-universiti-respons/

BACa: Lelaki sorok 1kg emas dalam dubur