Kes turun bukan bermakna PKP bakal ditamatkan – Menteri

Oleh MHDAILY

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun berkata, jumlah kes harian Covid-19 di Sabah yang telah menunjukkan trend penurunan sejak beberapa hari lalu bukanlah gambaran bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditamatkan di negeri berkenaan lebih awal.

Katanya, banyak aspek yang perlu diambil kira termasuk kadar kebolehjangkitan wabak itu di Sabah sebelum sebarang keputusan dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Banyak aspek harus diambil kira, bukan sekadar angka tetapi faktor lain seperti kadar kebolehjangkitan dan kalau saya tidak silap R-naught (kadar kebolehjangkitan) Covid-19 di Sabah ketika ini berada pada paras 0.8.

Baca Artikel Penuh