Kes remaja ‘hilang dara’ waktu PKP di Kelantan meningkat

Kes remaja ‘hilang dara’ waktu PKP di Kelantan meningkat.Percintaan pasangan remaja bawah umur yang membawa kepada kes rogol di negeri ini meningkat enam peratus dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, sebanyak 65 kes rogol bawah umur dilaporkan dalam tempoh itu tahun ini berbanding 54 kes tahun lalu, dengan mangsa berusia 13 hingga 16 tahun manakala pelaku 16 hingga 31 tahun.

Menurutnya, majoriti kes dilaporkan itu membabitkan remaja perempuan di bangku sekolah atas dasar suka sama suka, saling mengenali sama ada berjiran, rakan sekolah atau berkenalan menerusi media sosial.

“Mereka berhubungan intim dengan kerelaan sendiri namun disebabkan mangsa bawah umur, pelaku tidak dapat lari daripada penguatkuasaan Seksyen 376 Kanun Keseksaan apabila aduan dibuat ibu bapa mangsa.

“Hasil siasatan mendapati sepanjang PKP ini kebanyakan hubungan intim berlaku di rumah, sama ada rumah mangsa atau rumah pelaku ketika ibu bapa mereka tiada di rumah atau tidur nyenyak pada waktu malam.

remaja

“Peningkatan kes ini mungkin kecil kerana hanya enam peratus, namun harus dianggap besar kerana ini pada umur itu bukan masanya untuk mereka terlanjur,” katanya kepada pemberita selepas melawat Balai Polis Jelawat, di sini hari ini.

Balai Polis Jelawat diketuai seorang Sarjan Mejar dibantu 15 anggota dan seorang pegawai awam sebelum ini berstatus pondok polis dan baru sahaja dinaik taraf kepada balai polis berkuat kuasa hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Mohammad Ismail Jamaluddin.

Shafien dalam pada itu menambah, kesemua suspek kes rogol bawah umur berjaya ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan dengan rata-rata mereka didapati tiada sebarang rekod jenayah lampau.

Katanya, ekoran gagal melawan nafsu, pelaku berdepan masa depan yang gelap bersama-sama mangsa rogol itu sendiri.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/kes-remaja-hilang-dara-di-kelantan-meningkat-ketika-pkp/

BACA: Gempar !!! Dua syarikat insuran didakwa pendokong tegar syarikat arak dan judi