Kes Pengawal Keselamatan kena pukul, Polis klasifikasi semula jadi kes bunuh

Oleh MHDAILY

Kes Pengawal Keselamatan kena pukul, Polis klasifikasi semula jadi kes bunuh.Polis mengklasifikasikan semula kes pengawal keselamatan yang diserang ketika bertugas di kolam renang sebuah kondominium di sini Disember tahun lepas sebagai bunuh, selepas mangsa meninggal dunia pada Jumaat.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya telah merujuk semula kes berkenaan kepada pihak pendakwa raya hari ini dengan mencadangkan pertuduhan yang lebih tinggi dikenakan kepada suspek.

“Polis mengklasifikasikan semula kes ini pada hari mangsa tersebut meninggal dunia di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Baca Artikel Penuh