Kes meningkat : Takkan salah rakyat lagi?, tanya Anwar

Kes meningkat : Takkan salah rakyat lagi?, tanya Anwar

Kes meningkat : Takkan salah rakyat lagi?, tanya Anwar. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak tindakan kerajaan yang dianggap gagal membendung penularan wabak Covid-19 sehingga mencatat 11,079 kes hari ini.

Beliau mempersoal di mana Pelan Pemulihan Negara yang dirangka kerajaan ekoran angka kes yang terus meningkat ketika ini.

“Angka makin menaik setiap hari. Mana dia pelan Pemulihan?

Kes

“Sudah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sudah darurat, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pun sudah, ‘total lockdown’ pula lagi.

“Semuanya gagal. Apa lagi alasan kali ini? Salahkan rakyat lagi?,” soalnya dalam satu ciapan di Twitternya lewat petang tadi.

Hari ini, negara dikejutkan dengan rekod kes tertinggi pernah dicatatkan melepasi 11,000 iaitu 11,079 dengan keseluruhan kes positif sebanyak 855,949 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes juga dijangka bertambah dalam seminggu atau dua minggu ini sebelum negara boleh melihat kestabilan kes.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/kes-meningkat-apa-alasan-kali-ini-mahu-salahkan-rakyat-lagi/

jika Terlepas: Panas !!! Pemimpin Umno cabar Adun Bersatu, kalau berani tariklah diri