Kes mendadak di Kg pauh Lima Kelantan berpunca dari solat jemaah dan tadarus, dakwa penduduk

Oleh MHDAILY

Akhir-akhir ini, berlakunya peningkatan kes Covid-19 yang ketara di negara kita, bahkan menerusi statistik yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga semalam, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 470 ribu kes terkumpul dengan 1,902 kes melibatkan kematian.

Sebanyak 78 kes positif Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 11 hari di Kampung Pauh Lima, dekat Bachok. Difahamkan, kes tersebut dipercayai berpunca daripada penduduk kampung yang mengadakan solat berjemaah dan aktiviti tadarus di sebuah surau yang secara tidak langsung menjangkiti penduduk kampung berkenaan.

Jelas Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin jumlah tersebut berjaya dikenal pasti setelah membuat saringan terhadap 238 individu yang lain.

Baca Artikel Penuh