Kes makin naik namun England tetap mansuh sekatan

Oleh MHDAILY

KESEMUA sekatan pergerakan yang masih dikuatkuasakan di England akan dimansuhkan minggu depan walaupun negara itu merekodkan peningkatan mendadak kes COVID-19.

England akan menjadi negara pertama di Britain yang memansuhkan peraturan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengesahkan perkara itu dalam taklimat di London pada Isnin.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

england

“Kami akan meneruskan dasar sempadan yang ketat, termasuk kuarantin bagi mereka yang tiba dari negara-negara risiko tinggi, dan kami akan terus lakukan ujian saringan, pengesanan dan pengasingan,” katanya.

Johnson berkata, kerajaan berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran dalam memberikan vaksin dos pertama kepada semua orang dewasa menjelang 19 Julai.

Beliau turut menggesa orang ramai untuk mendapatkan vaksin COVID-19 dan tidak menolak kemungkinan mengenakan sekatan pergerakan semula sekiranya keperluan itu timbul.

Sementara itu, Ketua Penasihat Sains Kerajaan United Kingdom Sir Patrick Vallance berkata, jangkitan baharu boleh mencapai 100,000 sehari pada musim panas.

Sebilangan besar kes jangkitan dijangka berlaku dalam kalangan golongan muda yang belum menerima dos pertama vaksin.

Britain telah melaksanakan salah satu program vaksinasi paling cepat di dunia, dengan lebih 87 peratus orang dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 dan 66 peratus telah menerima dua dos.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/covid19-england-tetap-mansuh-sekatan-mulai-19-julai-walaupun-kes-naik-308114

BACA JUGA : Gempar !!! Gambar tular bersama Zahid, Saifuddin akhirnya buka cerita sebenar