Kes makin menurun di Indonesia, sekatan bakal ditarik balik 26 Julai

Oleh MHDAILY

Kes makin menurun di Indonesia, sekatan bakal ditarik balik 26 Julai .Kes COVID-19 di Indonesia mencatat penurunan dan sekiranya trend itu berterusan, sekatan akan ditarik balik secara beransur-ansur mulai 26 Julai ini, kata Presiden Joko Widodo (Jokowi), semalam.

Indonesia menguatkuasakan sekatan di Kepulauan Jawa dan Bali pada 3 Julai lalu, termasuk mengekang perjalanan serta menutup pasar raya.

Channel News Asia melaporkan, pergerakan orang ramai telah dihadkan mengikut sektor pekerjaan, dengan hanya kakitangan dalam sektor kritikal seperti kesihatan dan tenaga dibenarkan kembali ke tempat kerja.

Baca Artikel Penuh