Kes Ku Nan, keberanian dan ketegasan Julia Ibrahim curi tumpuan

Kes Ku Nan, keberanian dan ketegasan Julia Ibrahim curi tumpuan

Kagum dengan keberanian dan hujah Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim. Sebelum ini, saya ada baca yang Julia ini pernah bertekak (berhujah) dengan Ku Nan.

Saya kategorikn Julia Ibrahim ini antara wanita yang hebat dan berani berdepan dengan ‘raksasa’ (kes berprofil tinggi). Ketika peguam Ku Nan minta hukuman dan denda dikurangkan. Ini hujahan balas Julia Ibrahim :

Pada prosiding itu, Tengku Adnan dalam rayuannya menerusi Hock Chuan, memohon mahkamah menggunakan budi bicaranya dalam menjatuhkan hukuman dengan mengambil kira ia adalah kesalahan pertama.

Hock Chuan, berkata keadaan kesihatan tertuduh adalah tidak baik selain perlu menerima rawatan kerap untuk penyakit jantung, paru-paru dan darah tinggi yang dialaminya

“Selain itu, tertuduh juga adalah Ahli Parlimen Putrajaya sejak 2004 dan berdepan kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen sekiranya didenda lebih RM2,000.

“Tertuduh banyak menyumbang kepada negara dan rakyat khususnya, di Wilayah Persekutuan, sehubungan itu, pembelaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda kurang RM2,000 sahaja serta tidak dikenakan penjara.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim, membantah rayuan itu dan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan bagi menghalang orang lain melakukan kesalahan sama.

“Jumlah dalam pertuduhan ini adalah RM2 juta dan mengikut keterangan tertuduh sebelum ini, jumlah itu hanyalah ‘duit poket’ baginya.

“Denda kurang RM2,000 adalah tidak sesuai langsung untuk kesalahan mengikut Seksyen Seksyen 165 Kanun Keseksaan,” katanya.

Julia juga berhujah bahawa setiap Ahli Parlimen datang dan pergi.

“Setiap kali pilihan raya pasti akan berlaku perubahan, jika tertuduh tidak menjadi Ahli Parlimen, maka, orang lain berpeluang untuk bertanding dan berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

Ketika ditanya Mohamed Zaini, berapa jumlah denda yang dicadangkan pendakwaan, Julia menjawab:

“Tidak kurang daripada jumlah yang dipertuduhkan.”

Sumber :