Kes kematian ‘Pak Guard’, suspek tak boleh ditahan semula – Polis

Oleh MHDAILY

Kes kematian ‘Pak Guard’, suspek tak boleh ditahan semula. Lelaki yang sebelum ini didakwa menyerang seorang pengawal keselamatan di Ipoh tidak boleh ditahan semula tetapi tuduhan lebih berat akan dikemukakan di mahkamah, kata Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid.

Ini kerana mengikut Artikel 7(2) Perlembagaan Persekutuan, seseorang yang dibebaskan atau disabitkan bersalah tidak boleh dibicarakan lagi atas kesalahan sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu dibatalkan dan perbicaraan semula diadakan atas arahan mahkamah lebih tinggi.

Polis mengklasifikasikan semula kes pengawal keselamatan Thava Sagayam, yang meninggal dunia di rumahnya di Ipoh Jumaat lalu sebagai kes bunuh.

Baca Artikel Penuh