Kes harian Covid-19 terus pecah rekod, menghampiri 16,000 kes

Kes Covid-19 terus memecahkan rekod jangkitan tertinggi dengan 15,902 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini.

Ia menjadikan jumlah terkumpul jangkitan 996,393 kes, maklum KKM.

Ini selepas kes semalam dilaporkan sebanyak 15,573 kes, rekod tertinggi kes harian Covid-19 yang dicatatkan sejak negara dilanda pandemik itu awal tahun lepas.

Sebelum ini kes tertinggi adalah sebanyak 13,215 kes pada 15 Julai lepas.

Selangor kekal negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 7,351 kes manakala Kuala Lumpur turut merekodkan kes empat angka dengan 2,406 kes.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Kes

Selangor – 7,351 (358,969)
WPKL – 2,406 (108,006)
Johor – 804 (83,308)
Sabah – 712 (78,652)
Sarawak – 261 (73,579)
Negeri Sembilan – 625 (66,102)
Pulau Pinang – 505 (41,524)
Kelantan – 502 (39,407)
Kedah – 867 (37,261)
Perak – 469 (33,310)
Melaka – 631 (27,724)
Pahang – 406 (20,963)
Terengganu – 267 (14,045)
WP Labuan – 30 (9,578)
WP Putrajaya – 59 (3,317)
Perlis – 7 (648)

kes

 

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/584335