Kes harian Covid-19 kekal pada nilai atas 5,800 kes

Kes harian Covid-19 kekal pada nilai atas 5,800 kes

Kes harian Covid-19 kekal pada nilai atas 5,800 kes. Sebanyak 5,803 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 728,462 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan angka 2,108 kes, diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 741 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 628 kes.

“Selain itu, Sarawak (491 kes), Melaka (355 kes), Johor (329 kes), Pahang (220 kes), Sabah (189 kes), Kedah (186 kes), Pulau Pinang (160 kes), Perak (137 kes) dan Kelantan (103 kes).

“Labuan pula (99 kes), Terengganu (29 kes), Putrajaya (24 kes) manakala, Perlis (empat kes),” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/06/26/5803-kes-covid-19-baharu-dilaporkan/