Kes dera Bella: Mahkamah arah Siti Bainun bela diri

Kes dera Bella Mahkamah arah Siti Bainun bela diri

Kes dera Bella: Mahkamah arah Siti Bainun bela diri. Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, membela diri atas tuduhan mengabai dan menganiaya Bella remaja perempuan sindrom Down, tahun lalu.

Hakim Izralizam Sanusi memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Siti Bainun, 30.

Siti Bainun, mengaku tidak bersalah mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Kes dera Bella: Mahkamah arah Siti Bainun bela diri

BACA:

Pemimpin Kristian di Kuching desak GPS tarik balik sokong PN

Senarai Exco Kerajaan Perak – DAP 4, Umno 3

Mesyuarat MKT UMNO tak sokong PN, Anwar diangkat PM-10

CATEGORIES