Kes dera adik Bella, Polis tahan pemilik Rumah Bonda

Kes dera adik Bella, Polis tahan pemilik Rumah Bonda. Polis telah menahan pemilik yang juga pengasas Rumah Bonda bagi membantu siasatan berhubung kes mendatangkan kecederaan serta ugutan jenayah.

Menurut, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita Dan Kanak-Kanak (D11),Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, wanita yang berusia 29 tahun itu ditahan pada pukul 10.30 pagi Khamis.

Penahanan itu dibuat selepas dia hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi memberikan keterangan berikutan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Kes

Menurut Siti Kamsiah, pihak polis juga akan mengemukakan permohonan reman terhadapnya pada Jumaat di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan seorang remaja Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella disyaki menjadi mangsa penderaan di sebuah rumah kebajikan sehingga mengakibatkan mangsa melecur tubuh badan.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/justiceforbella-polis-tahan-pemilik-rumah-bonda-308728

jika Terlepas: Sinopharm, Johnson & Johnson lulus bersyarat untuk vaksinasi negara