Kes bunuh : Bekas pencuci kapal menangis, hukuman ke tali gantung kekal

Oleh MHDAILY

Seorang bekas pencuci kapal yang disabitkan membunuh seorang ahli perniagaan dengan menikam dan membakar mayat mangsa tujuh tahun lalu, gagal dalam rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis untuk mengetepikan hukuman mati terhadapnya.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat sebulat suara menolak rayuan Izwanuddin Kasim, 41, selepas mendapati ia tidak mempunyai merit.

“Setelah meneliti rekod rayuan dan alasan penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang disahkan oleh Mahkamah Rayuan, kami mendapati tidak ada apa-apa kekhilafan dilakukan oleh kedua-dua mahkamah tersebut.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
Kes bunuh : Bekas pencuci kapal menangis, hukuman ke tali gantung kekal
Izwanuddin Kasim, 37, dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi pada 1 Oktober 2017 selepas didapati bersalah membunuh ahli perniagaan, Yong Boon Cheong, dengan menikam dan membakar mayat mangsa.

“Oleh itu, keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mensabitkan perayu bagi kesalahan membunuh adalah dikekalkan. Dengan ini rayuan perayu ditolak,” kata Vernon yang bersidang bersama-sama Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal.

Selepas panel hakim menyampaikan keputusan itu, Izwanuddin dilihat menangis dan dipeluk oleh bapanya serta ditenangkan oleh ahli keluarga yang hadir prosiding pada Khamis.

Pada 1 Oktober 2017, dia didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru manakala rayuannya ditolak pada 30 September 2019.

Izwanuddin bersama dengan seorang lelaki warga Singapura, Noriskandar Zainal Yahya, didakwa membunuh Yong Boon Cheong, 54, di Jalan Skudai, Danga Bay antara 6 dan 7 pagi pada 4 Julai 2014 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, selepas perbicaraan bermula pada Mac 2015, pendakwaan telah mengemukakan pertuduhan pindaan terhadap Noriskandar mengikut Seksyen 212 Kanun Keseksaan kerana membantu melupuskan mayat.

Lelaki itu kemudian mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Sebelum itu, peguam Rosli Kamaruddin berhujah bahawa tiada keterangan kukuh yang menunjukkan perayu menggunakan senjata untuk menikam dada mangsa dan seterusnya menyebabkan kematian Boon Cheong.

“Ada enam orang yang terlibat dalam memukul mangsa dan anak guam saya hanya menggunakan tangan serta kakinya ketika melakukan perbuatan itu tanpa sebarang senjata,” katanya sambil menambah pendakwaan juga gagal memanggil seorang wanita dikenali sebagai ‘Ros Elly’ yang didakwa terlibat dalam insiden itu untuk memberi keterangan.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Ghafar Abd Latif pula berhujah saksi pendakwaan ke-15 (SP15) iaitu seorang pemandu teksi dalam keterangannya berkata, dia telah melihat satu pergaduhan membabitkan perayu, si mati dan seorang wanita semasa menurunkan penumpang di Polo Park.

“SP15 menyatakan dia nampak perayu menumbuk muka si mati menggunakan buku lima selain terdapat keterangan mencukupi daripada saksi pendakwaan lain bahawa perayu menikam mangsa,” katanya.

Beliau berkata, pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas Yong dalam keterangannya menyatakan bahawa punca kematian adalah disebabkan tusukan ke jantung dan mangsa mati sebelum dibakar.

β€œSabitan ke atas perayu adalah selamat dan mohon keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dikekalkan,” katanya.

BACA JUGA :Β Rauf akui dirinya seorang yang β€˜humble’
Malaysia tersenarai dalam kategori negara paling tidak sihat