Kes baru Covid-19 hari ini turun ke 5,304 kes

Kes baru Covid-19 hari ini turun ke 5,304 kes

Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara menurun kepada 5,304 kes hari ini.

Ini merupakan jumlah kedua terendah sejak kes harian baru direkodkan melebihi 5,000 pada 19 Mei lalu.

Kes terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 setakat ini adalah sebanyak 657,508 kes.

Selangor terus menjadi negeri yang merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 1,973 kes diikuti Sarawak (544) dan Kuala Lumpur (462).

Negeri-negeri lain termasuk Johor (363), Sabah (335), Negeri Sembilan (331), Kedah (301), Pulau Pinang (256), Kelantan (179), Labuan (158), Melaka (145) dan Perak (121), Pahang (78), Terengganu (46), Putrajaya (7) dan Perlis (5).

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/578760