Kes bakal cecah 10K : Buatlah PKP menyeluruh, bukan berdarjat, pesan Doktor Pakar

Saya pasti ianya akan mencapai 10 ribu kes sehari tidak lama lagi. Katil ICU dah nak habis; sekarang katil-katil bukan ICU dah kena letak mesin bantuan pernafasan.

Dan ini HANYA permulaan.

Pastinya kami petugas-petugas perubatan dah PASRAH.

Yang saya belum pasti – adakah kita akan melalui apa yang dilalui oleh negara India sekarang.

Tidak perlu tuding jari siapa gagal.

Kita SEMUA gagal sudah.

Gagal membendung penularan COVID19.

Saya dengan merendah diri memohon kepada YB Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, MKN tidak perlulah PKP berdarjat. Masyarakat keliru ya amat sekarang ini.
Saya merayu, buatlah PKP PENUH sekali lagi; untuk seluruh negara. Saya tahu, ekonomi perlu difikirkan. Kita boleh ke menerima lebih ramai meninggal dunia dan sakit berpanjangan sebab jangkitan COVID19 demi ekonomi? Setahu saya, nyawa manusia adalah priceless; tiada harga.

Kepada masyarakat Malaysia semua, kita berkorban Aidilfitri kali ini dan terus duduk dirumah sendiri. Tidak perlu bercium bersalam dengan sesiapa sekalipun. PLEASE.

Tolonglah. Bukan tolong kami.

Tapi tolong anda dan keluarga anda.

COVID19 sudah ada merata-rata.

Rafidah Abdullah

Pakar yang akan on-call Aidilfitri nanti.

Sumber :