Kereta sedang parkir terbakar, warga emas ditemui rentung

Oleh MHDAILY

Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam sebuah kereta yang diparkir dekat Blok D Warisan Cityview, Jalan Cheras, di ibu negara siang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerusi panggilan kecemasan yang diterma melalui talian MERS 999 jam 10.10 pagi tadi memaklumkan terdapat sebuah kenderaan terbakar.

Susulan itu, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu beserta enam anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Baca Artikel Penuh