Kereta Bugatti bernilai RM10 Juta milik Cristiano Ronaldo kemalangan

Kereta Bugatti bernilai RM10 Juta milik Cristiano Ronaldo kemalangan

Kereta Bugatti bernilai RM10 Juta milik Cristiano Ronaldo kemalangan. Bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo merupakan salah seorang pengumpul kenderaan mewah dengan hasil kekayaan karier yang dicipta sejak tahun 2002 lagi.

Ketika Cristiano Ronaldo sedang bercuti di ‘Tramuntana Mountain’ yang terletak di Sepanyol, seorang pengawal peribadi telah hilang kawalan semasa memandu Bugatti Veyron miliknya sehingga mengakibatkan hypercar itu terbabas melanggar dinding di kawasan kediaman Sa Coma, Bunyola, Palma de Majorca. Tempat di mana bintang Manchester United itu sedang bercuti bersama ahli keluarganya di sebuah villa mewah.

Bahagian hadapan Bugatti itu dipercayai telah remuk dan penyiasat polis trafik memaklumkan bahawa tiada kenderaan lain terlibat semasa kemalangan itu berlaku. Beberapa pihak berkuasa lain, Dewan Perbandaran Bunyola, pegawai Pengawal Awam turut berada di tempat kejadian.

Insiden itu dipercayai berlaku pada pukul 11 pagi, hypercar itu merempuh pintu sebuah rumah desa dan masuk ke dalam pondok botol butana sehingga musnah sepenuhnya, berhampiran Hospital Joan March.

Pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dipercayai telah menandatangani sendiri laporan kemalangan itu.

Kereta Bugatti bernilai RM10 Juta milik Cristiano Ronaldo kemalangan

Kereta Bugatti bernilai RM10 Juta milik Cristiano Ronaldo kemalangan

“Kereta itu merempuh dinding tetapi hanya terdapat kerosakan material sahaja tanpa melibatkan sebarang kecederaan dan pemandunya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

“Maklumat mengenai pemandu dan apa yang berlaku semasa kejadian telah didaftarkan pada pangkalan data polis dan ia tersedia untuk diakses oleh pihak mahkamah atau pegawai jika mereka perlukan butiran lanjut untuk membantu siasatan,”

“Tetapi data itu lebih kepada kes maklumat yang perlu didaftarkan supaya pemilik harta yang rosak boleh membuat tuntutan pampasan dan menggunakan laporan polis sebagai sandaran sekiranya terdapat sebarang pertikaian tentang bagaimana kerosakan telah berlaku,” terang satu sumber dipetik daripada The Sun.

Selain memiliki sebuah Bugatti Veyron yang bernilai £1.7 juta (RM9.17 juta), pada tahun lalu bintang bola sepak berusia 36 tahun itu dilaporkan telah membeli sebuah model hypercar yang eksklusif dan edisi terhad, Bugatti Centodieci. Ia berharga £8.5 juta (RM45.87 juta) dan dibina dalam kuantiti terhad 10 unit sahaja.

BACA:

Safee Sali jadi pemain golf pula, pukul sekali terus menang Mazda CX5

‘Bangga anak gagal SPM tapi berjaya dapat suami’

CATEGORIES