Pelajar didenda kerana bawa ‘jajan’, akhirnya alami cacat kekal

Oleh MHDAILY

Kerana ‘Seludup’ jajan  Dalam Asrama, Pelajar Alami Cacat Kekal dan Kemurungan.Gara-gara dipercayai membawa snek masuk ke asrama, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun menerima padah apabila dia dikatakan dipaksa melakukan 150 kali squats sebagai denda atas kesalahan tersebut.

Denda yang dikenakan telah menyebabkan dia mengalami kecacatan kekal dan kejadian tersebut berlaku di Sekolah Menengah Vokasional Xianshi di Provinsi Sichuan, China

Memetik laporan The Sun UK, kejadian tersebut berlaku pada pukul 10 malam, 10 Jun yang lalu, dan ketua pelajar sekolah dikenali sebagai Mu menjelaskan dia menjumpai snek tersebut di atas katil pelajar berkenaan sebelum mengarahkan remaja ini untuk melakukan 300 squats..

Baca Artikel Penuh