Kerana rumah tiada bekalan elektrik, guru agama terbawa komik pergi kuliah agama undang reaksi netizen

Seorang guru agama membuahkan gelak tawa netizen apabila secara tidak sengaja membawa komik ketika hendak mengajar di sebuah masjid.

Melalui satu hantaran di Facebook oleh Bin Aznan Al-Zaqaziqi, beliau sedang bersedia untuk memberikan kuliah di sebuah masjid di kawasan Gopeng, Perak.

Sebelum berangkat, rumahnya mengalami gangguan elektrik, menyebabkan kegelapan.

Tanpa banyak pilihan, beliau mengambil sahaja sebuah kitab yang terletak di atas meja belajar.

Disebabkan ketebalan komik itu hampir sama dengan kitab, ditambah lagi dengan kegelapan yang menyelubungi waktu itu, tidak disangka-sangka kedua-dua buku itu tertukar.

Kerana rumah tiada bekalan elektrik, guru agama terbawa komik pergi kuliah agama undang reaksi netizen

Baca Artikel Penuh