Kerana kerja hari-hari buat jam rahang wanita ini tercabut, rupanya ini yang berlaku

Kerana kerja hari-hari buat jam rahang wanita ini tercabut, rupanya ini yang berlaku.

Pada awal kurun ke 20 iaitu seratus tahun dahulu, mempunyai sebuah jam yang mampu menyala di dalam gelap adalah sesuatu kemewahan yang hanya dimiliki oleh orang berada dan sukar didapati rakyat biasa.

Seperti suatu keajaiban, setiap nombor-nombor serta jarum pada permukaan jam ini disapu ‘cat istimewa’

Dimana ia akan kekal menyala hijau terang didalam gelap tanpa bantuan kuasa eletrik luaran seperti bateri sekalipun. Ia sudah tentu memukau orang pada zaman itu.

Semenjak penemuan Radium oleh Marie Curie dan suaminya Pierre pada tahun 1898, ia terus digunakan untuk mengubat kanser.

Melihat kepada kemampuan logam itu, orang dahulukala menganggap ia sebagai satu ubat serta tonik kesihatan, malah rakyat pada zaman itu taksub juga memasukkan ini ke dalam ubat gigi serta bahan makanan tanpa memikirkan kesan radiasi dibebaskan logam berkenaan.

Berbalik kembali kepada kisah wanita pembuat jam, sebuah syarikat jam menyala di dalam gelap dinamakan sebagai U.S Radium Corporation, dengan nama asalnya ialah Radium Luminous Material Corporation bertanggungjawab mengekstrak mineral batu dari sumber ‘luar-biasa’ iaitu Radium dari jongkong ‘Carnonite’ dimana ia mampu menghasilkan cat yang menyala didalam gelap.

Sebagai pembekal utama untuk barangan ketenteraan juga, syarikat berkenaan iaitu U.S Radium mempunyai keupayaan untuk membekalkan jam yang mampu menyala didalam gelap kepada anggota tentera Amerika. Dengan menggunakan lebih 100 orang tenaga kerja, yang majoritinya terdiri dari wanita mereka.

Digelar sebagai ‘Radium Girls’ mereka diberi arahan oleh majikan mereka untuk menyapu cat pada setiap komponen jam menggunakan Radium, diyakinkan bahawa cat berkenaan tidak merbahaya, pekerja tersebut dengan yakinnya melaksanakan tugasan mereka.

Untuk makluman anda, Radium adalah merupakan logam beradioaktif dimana ia pada masakini digunakan untuk sumber radiasi untuk menjalankan radioterapi kepada pesakit kanser, dimana mempunyai separa hayat selama 1,600 tahun.

Seorang Wanita sedang mengecat jarum jam loceng di kilang Ingersoll pada Januari 1932. Dikenal sebagai “Radium Girls,” pekerja ini membahayakan kesihatan mereka dengan menggunakan bibir mereka untuk menajamkan berus cat yang mengandungi Radium- Kredit Imej : Daily Herald Archive/SSPL melalui Getty Images
Meskipun dengan sifat berbahaya logam berkenaan, tiada seorang wanita yang bekerja dengan syarikat berkenaan diberi langkah berjaga-jaga untuk melakukan tugasan menyapu cat pada jarum dan nombor jam berkenaan. Untuk memastikan ketepatan didalam menyapu cat Radium di jarum jam yang halus, syarikat berkenaan mengarahkan menajamkan berus cat dengan Radium itu dengan menggunakan bibir mulut mereka sendiri.

Oleh disebabkan sifat semulajadi Radium seperti seakan-akan kalsium, tubuh akan tersalah anggap menyerap Radium sebagai kalsium. Badan manusia menggunakan kalsium untuk menghasilkan tulang. Keadaan ini menyebabkan berlakunya kem4tian sel tulang iaitu ‘Bone Necrosis’ serta kanser tulang disebabkan oleh bahan beradiasi. Meskipun demikian, pembuat jam tetap meneruskan pekerjaan mereka.

Iklan tahun 1920 di sebelah kiri iaitu ‘ Ingraham Black Diamond X-Ray Alarm Clock with Radium Dial Box’. Jam Radium, yang menjadi kegilaan golongan bangsawan pada awal kurun ke-20, percaya dengan kemampuan cahaya hijaunya elok untuk kesihatan tubuh. Imej dikanan pula memberi gambaran bahawa jam itu memberi pancaran cahaya hijau terang didalam keadaan gelap-gelita.

Kotak antik jam yang mengiklankan ‘Ingraham Black Diamond X-Ray Alarm Clock with Radium Dial.’ Diperbuat di Bristol, Connecticut. Amerika Syarikat. Kredit Imej : – Sportscards.com
Lama-kelamaan, setelah badan mereka meresap begitu banyak radiasi logam berat ini simptom kanser tulang mula muncul. Simptom keletihan dan sakit gigi muncul. Bermula lah kem4tian pertama ‘Radium Girls’ ini, iaitu kem4tian Moliie Maggia yang berusia 22 tahun, setelah beliau setahun merana dari keracunan radiasi berpunca dari Radium.

Meskipun kem4tian beliau berpunca dari Radium, laporan sijil kem4ian beliau ditulis meninggal dunia akibat Sifilis. Namun, kontra dari punca kem4tian beliau yang sebenar, diklasifikasikan sebagai ‘Radium Jaw’.

Keadaan itu menyebabkan seluruh rahang dibahagian bawah tulang rahangnya begitu rapuh sehingga mampu dicabut dengan mudah dengan mengangkat rahang tu keatas secara perlahan-lahan.

Doktor yang merawatnya menulis didalam laporan perubatan sebelum beliau meninggal dunia. Di atas permintaan syarikat pembuat jam itu, pengamal perubatan disuruh mendiamkan diri dari menyebarkan fakta sebenar kem4tian wanita berkenaan. Seboleh-bolehnya, mengunakan alasan Sifilis sebagai punca kem4tian di dalam usaha mencemarkan maruah wanita pembuat jam berkenaan.

BACA:

Nyawa pakcik ni macam kucing 7 kali terselamat dalam kemalangan ngeri, ini kisah buat ramai nak tahu

Hawa Rizwana pilih Hun Haqeem, habis Zizan Razak macam mana?