’#KerajaanGagal’ kembali trending di Twitter

Tanda pagar #KerajaanGagal kembali tersohor bermula pada Ahad dan sejak jam 12:15 tengah hari, sejumlah 11,800 ciapan telah menggunakan tanda pagar itu.

Perkembangan itu hadir ketika kerajaan dilihat gagal menangani pematuhan prosedur operasi standard (SOP) antara dua darjat yang berlaku dalam negara.

Seorang pengguna twitter, Afiq Azril mendakwa, istilah dua darjat itu sememangnya berlaku dalam negara sekali gus membuktikan kerajaan telah gagal dalam pemerintahannya.

“#AntaraDuaDarjat is happening for real! #KerajaanZalim #KerajaanGagal,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Ahad.

Sementara itu, Adam Scott berkata, keputusan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diusulkan bakal membunuh peniaga-peniaga kecil.

“#KerajaanGagal Dont Kill Small Business Owners!! @MuhyiddinYassin @KKMPutrajaya @DrAdhamBaba @IsmailSabri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aqil Najwan berkata, PKP 2.0 tidak menunjukkan pengurangan kes Covid-19.

“PKP 2.0 pun tak function ni nak buat PKP 3.0 #KerajaanGagal,” katanya.

Gara-gara kecewa terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang disifatkan tidak cekap mengendali isu seperti Covid-19 dan ekonomi negara, pengguna Twitter mewujudkan tanda pagar #KerajaanGagal sejak Pada 16 Aprill lalu.

Tanda pagar itu telah sohor bermula awal pagi dan sejak 2.30 petang, sejumlah 60,000 ciapan telah menggunakan tanda pagar itu
Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/136537/BERITA/Nasional/KerajaanGagal-kembali-trending