Kerajaan umum bantuan JKM dinaikkan, semak di sini

Oleh MHDAILY

Kerajaan umum bantuan JKM dinaikkan, semak di sini. Pengumuman Terbaru : Bantuan Kewangan JKM Dinaikkan Oleh Kerajaan Malaysia l Bantuan Khas Kepada Rakyat Malaysia l Mohon Dan Semak Kelayakan Anda!. Terbaru diterima bahawa kerajaan Malaysia baru sahaja mengumumkan berita baik kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai bantuan kewangan kewangan yang dinaikkan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.

Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata ia membabitkan penerima bawah lima skim utama iaitu skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Elaun Pekerja OKU (EPOKU) dan Bantuan Warga Emas (BWE).

“BKK (kadar kenaikan) daripada RM100 kepada RM150 bagi seorang kanak-kanak dengan kadar maksimum RM1,000 sebulan satu keluarga, memberi manfaat kepada 65,599 keluarga miskin dan sebanyak RM165.53 juta peruntukan sudah disalurkan sehingga Jun lalu.

Baca Artikel Penuh