Kerajaan umum 3 ‘hadiah kemerdekaan’ khas untuk rakyat Selangor

Kerajaan umum 3 hadiah kemerdekaan khas untuk rakyat Selangor

Kerajaan umum 3 ‘hadiah kemerdekaan’ khas untuk rakyat Selangor. Rakyat Selangor menerima tiga hadiah istimewa termasuk Skim Insurans Hayat Selangor yang diumumkan kerajaan negeri bersempena Hari Kemerdekaan ke-65.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, skim insurans tersebut akan dibuka pendaftarannya pada Oktober ini dengan syarat iaitu lahir di Selangor atau mengundi di Selangor.

“Kelebihan insurans ini adalah memberi pampasan sehingga RM11,000 kepada waris sekiranya pemohon meninggal dunia atau cacat kekal,” katanya ketika berucap pada ambang Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan, di sini, malam tadi.

Amirudin turut mengumumkan pengenalan Skim Air Darul Ehsan dengan pendaftaran juga pada Oktober ini bagi rakyat negeri ini yang mempunyai pendapatan keseluruhan keluarganya RM5,000 ke bawah.

“Menerusi skim ini, mereka yang layak akn mendapat 20 meter padu air percuma. Kerajaan negeri memberi peruntukan tambahan berjumlah RM30 juta bagi pelaksanaan skim ini,” ujarnya.

Kerajaan umum 3 'hadiah kemerdekaan' khas untuk rakyat Selangor

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, hadiah terakhir adalah menerusi Jualan Jelajah Ihsan Selangor melibatkan jualan barangan bahan makanan kering dan basah di bawah harga pasaran.

“Peruntukkan tambahan sebanyak RM10juta disediakan dengan jelajah tersebut bermula hari ini,” katanya

BACA:

Tindakan Shila Amzah campak gula-gula dari mulut masa tengah ‘live’ buat penonton terkejut

Ini baru Keluarga Malaysia! Mak mentua lain bangsa jaga menantu pantang macam ‘queen’

Gadis menangis duit gaji pertama salah bank in ke akaun lain, ‘niat nak bagi mak’

CATEGORIES